It's me and I love SHINee

我的照片
I ❤ 샤이니(SHINee)-종현(钟铉) _______________________________________________ 简单来说, 是一个爱上KimJongHyun的傻子 ♥

4/28/2010

my lisan

Nama: Lui Shook Wai
I/C: 940713-14-5788
Tajuk: Melisa(sinopsis)

Selamat pagi kepada guru dan rakan-rakan yang dihormati. Tajuk yang akan saya ucapkan pada hari ini ialah sinopsis Melisa.

Melisa teringat akan Hisyam apabila bertemu Syahid di pejabat surat khabar. Syahid persis Hisyam. Dia terasa begitu mengenali Syahid. Dia terkenangkan bagaimana pertemuannya dengan Syahid. Farid yang memperkenalkannya dengan lelaki itu. Syahid menghulurkan salam perkenalan dan menyatakan rasa-rasanya mereka pernah berjumpa. Dia terkejut kerana Syahid seperti penjelmaan Hisyam. Syahid ialah penulis rencana pengarang dan namanya selalu muncul. Mereka berbual dan jauh di lubuk hatinya, dia berasa telah mulai jatuh hati. Dia berasa Syahid ialah Hisyam. Dia berasa mulai suka pada Syahid terutama sifat terbuka dan gerak-geri Syahid. Dia dengan mudah menerima ajakan Syahid untuk makan tengah hari pada Sabtu depan.

Dalam perjalanan balik, Farid menegur sikap diamnya dan Farid memperli Melisa yang amat intim dengan Syahid. Melisa secara terbuka memberitahu, mungkin diapun tertarik pada Syahid. Sekali lagi Melisa menilai diri, menyapa begitu mudah dai terpikat. Dia percaya pada langkah, rezeki, pertemuan dan maut ialah cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul-Nya. Kemudian baru turun cinta akan bangsa dan tanah air. Inilah cinta yang positif. Bagi Melisa, cintanya telah banyak kali gagal dan dia merasakan, cintanya pada Syahid akan gagal juga. Bagi Melisa, cintanya pada Hisyam sahaja cintanya yang benar walaupun sewaktu itu, dia masih kecil.

Melisa mengimbas kenangan dengan Hisyam sewaktu bermain dan Hisyam memberitahu, apabila besar, dia mahu mengahwini Melisa. Dia menyukai Hisyam tetapi Hisyam telah meninggal dunia semasa rusuhan kaum 13 Mei. Jika Hisyam masih hidup, Hisyam berusaha 30 tahun sekarang dan mungkin menjadi askar atau peguam. Melisa teringat, semasa Hisyam terbunuh, dia berusia 5 tahun. Semasa perintah berkurung, dia tidak dapat bertemu Hisyam dan dia hanya melihat kampung setinggan tempat tinggal Hisyam dari jauh. Dia merindui Hisyam sehinggalah ibunya memberitahu Hisyam telah tiada. Baginya Hisyam ialah heronya keran Hisyam pernah menumbuk anak lelaki Inggeris berusia tujuh tahun yang memegang tangannya.

Melisa benci pada rusuhan kaum dan mempertikaikan menyapa kejadian demikian wujud. Setelah dia membuat kajian dalm tesisnya, barulah persoalan itu terungkai. Kajiannya telah menyebabkan tesisnya mendapat kepujian kelas pertama. Antara kajiannya adalah tentang pengalaman seorang wanita Cina yang mengalami sendiri rusuhan kaum di Kampung Baru ketika menghantar Jamilah, teman sepejabatnya. Dia kehilangan tunangannya semasa itu apabila tunangnya dibunuh oleh sekumpulan lelaki Melayu. Hisyam dan keluarganya pula terbunuh di Jalan Petaling, kawasan orang Cina. Bagi Melisa, tentu orang Cina di kampung setinggan Hisyam tidak akan membunuh Hisyam kerana kenal Hisyam dan ibunya. Setelah itu, semua orang terasa kehilangan Hisyam yang selalu melaung ketika menjaja nasi lemak dan kuih koci. Daripada kajian Melisa, rusuhan berlaku adalah disebabkan virus polarisasi kaum yang disemaikan oleh penjajah. Melisa memang bercita-cita belajar di sekolah Melayu tetapi ibu bapanya belum berani melanggar tradisi. Dia teringat kunjungannya ke rumah Hisyam setelah Hisyam menumbuk anak Inggeris. Reaksi Hisyam menyebabkan dia pulang dalam keadaan menangis.

Melisa terkejut daripada lamunan lalu apabila daun tingkap terbanting dan kemudian Syahid pula menelefonnya. Mereka berbual mesra. Syahid menyatakan dia rindu untuk bertemu Melisa. Sekali lagi Melisa teringat akan Hisyam ketika memandang ke luar jendela setelah hujan berhenti. Setelah Hisyam meninggal, Melisa pernah ke rumah Hisyam bertemu nenek Hisyam dan setempat makan gulai lemak cili padi ikan puyu dan keli seperti pernah dinikmatinya bersama-sama Hisyam. Setelah pertemuannya dengan Syahid pada pagi Sabtu, hubungan mereka semakin akrab tetapi hubungan mereka terhenti apabila dia terpaksa pergi menjalankan tugasnya yang lebih penting. Syahid amat marah kerana dia pergi tanpa pesan.

Syahid tidak memahami tugasnya untuk negara dan bangsa. Dia telah bertekad mengabdikan diri kepada nusa dan bangsanya setelah mendapat jawapan tentang sebab berlakunya rusuhan kaum. Syahid akan bertemu semula. Melisa sayang akan negara dan bangsa walaupun dia dilahirkan di luar negara tetapi dia warganegara. Tekadnya, sebelum dia mati dia hanya ingin melihat negera ini aman dan rakyatnya hidup dalam aman dan damai sebagai satu bangsa merdeka dan berjaya. Dia tidak mahu tragedi 13 Mei berulang dan dia kini erat memeluk kekasih sejatinya, M16.

Sekian, terima kasih.

没有评论:

发表评论